Siapa pemilik nombor plat ini?
Iklan
Ahya menunjukkan nombor plat kenderaan yang dikumpul di hadapan rumahnya.
KOTA BHARU - Ratusan nombor plat kenderaan dikutip dalam pagar kediaman milik pesara kerajaan, Ahya Abdullah, 65, di Jalan Kuala Krai -Jalan Ketereh selepas dibawa arus deras ketika banjir minggu lalu.
Kediaman Ahya yang berada kira-kira dua meter di tepi jalan raya utama dari Gua Musang menuju ke Kota Bharu antara faktor banyak nombor plat yang terkumpul di hadapan rumahnya itu.
Iklan
Iklan
Menurut warga emas itu, hujan lebat pada Rabu minggu lalu mengakibatkan air lebih 0.3 meter di atas jalan raya itu tetapi ramai pemandu terpaksa meredah arusnya kerana ada yang mungkin tidak tahu berlaku banjir di lokasi itu.
"Saya dan anak-anak mengumpul nombor plat itu di tepi pagar rumah bagi memudahkan pemilik kenderaan mendapatkannya semula," katanya ketika ditemui di kediamannya pada Selasa.
Iklan
Nombor plat kenderaan yang dikumpul oleh Ahya dan anak-anak.
Ahya memberitahu, selepas air surut, ada pemandu yang dilihat datang meninjau di kawasan itu yang hanya beberapa meter dari Masjid Omar Abdul Aziz Ketereh.
Bapa tiga anak itu berkata, kos membuat nombor plat baharu juga tidak murah dan jika pemandu mahu berjimat boleh datang mencarinya di situ kerana banyak nombor yang masih dalam keadaan baik.
Iklan
"Kami mula mengutip ratusan nombor plat yang terperangkap di pagar dan hadapan pintu rumah pada Ahad selepas air mula surut," katanya.
Jelasnya lagi, kawasan itu juga seperti pesta kerana orang ramai turun bermain banjir selain kenderaan yang meredah air.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com