KUALA LUMPUR - Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka serta membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian itu dizahirkan beliau dalam majlis makan malam dianjurkan Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali sebagai penghormatan kepada Penasihat Agama kepada Presiden Palestin merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Palestin Dr Mahmoud Sedqi Abdalrahman Alhabbash, semalam.