Mayat reput ditemukan di Rawang Bypass lengkap berpakaian, pakai helmet

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan satu mayat yang masih belum dikenal pasti identiti ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass di sini dalam keadaan mereput pada Isnin.

GOMBAK - Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut di kawasan hutan di bawah Jalan Rawang Bypass jam 9.30 pagi pada Isnin.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.

"Pihak polis juga menemui barangan peribadi milik si mati seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan.

Iklan

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan pada hari ini (Selasa)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Iklan

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

"Orang ramai boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.