Warga emas tak mengaku amang seksual cucu saudara

Iklan
Tertuduh diiring polis ketika hadir ke Mahkamah Sesyen di Seremban pada Selasa.

SEREMBAN - Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu saudara perempuan berusia 10 tahun.

Tertuduh, berusia 64 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan
Tertuduh tidak mengaku salah atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu saudara perempuan berusia 10 tahun.

Kesalahan itu dilakukan pada 21 Oktober lalu antara jam lebih kurang 1.30 tengah hari, di sebuah kedai makan di hadapan rumah di Kampung Tarun, Jalan Broga, Lenggeng, Nilai.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan

Sabit kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi mencadangkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin disertai syarat-syarat tambahan.

Iklan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah dia merupakan seorang duda dan tidak pernah melakukan kesalahan seumpama itu.

"Mangsa ini adalah cucu saudara saya dan dia salam tangan saya, tak akan saya tidak boleh cium pipi dan dahi dia," katanya.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 13 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.