Gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta, kediaman Che Ta diserbu

Iklan
Mara bertindak menyerbu kediaman aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, pagi ini.

DAMANSARA - Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertindak menyerbu kediaman aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, pagi ini.

Menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan selepas selebriti 51 tahun itu gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Che Ta mahupun suami, Zain Saidin tiada di rumah.

Hanya kelibat ibunya sahaja yang mendiami rumah mewah dua tingkat itu.

Iklan

Bagaimanapun selepas sejam pihak Mara membuat penilaian, anak sulung Che Ta, Ammar Effendi dilihat memasuki rumah tersebut.

Iklan