Azman Shapawi bukan Penasihat MB Selangor: Amirudin

Iklan
Amirudin menafikan penularan poster membabitkan seorang individu dari parti Pas yang didakwa penasihatnya. -Foto Twitter Amirudin

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan bahawa Azman Shapawi Abd Rani dari Pas dilantik sebagai Penasihat Menteri Besar Selangor.

Amirudin menerusi Twitternya menafikan perkara tersebut yang mana telah disebarkan melalui poster yang tular di media sosial.

Iklan
Iklan

"Saya telah dimaklumkan mengenai satu poster yang tular di media sosial mengatakan Ustaz Azman Shapawi Abd Rani merupakan Penasihat Menteri Besar Selangor dari parti Pas.

"Ini adalah tidak benar sama sekali. Beliau tidak memegang jawatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," katanya.

Iklan
Iklan

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kain rentang Mesyuarat Agung Tahunan Pas Cawangan Padang Jawa yang memaparkan nama Azman Shapawi berjawatan sebagai penasihat Menteri Besar Selangor baru-baru ini.