Penyanyi rap dakwa dirakam penguat kuasa: MBSJ serah siasatan kepada polis

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung dakwaan penyanyi rap dirakam ketika sedang diurut.

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyerahkan siasatan kepada polis berkait insiden penyanyi rap wanita mendakwa dirakam secara rahsia ketika serbuan Bahagian Operasi MBSJ di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di sini pada Rabu lalu.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, perkara itu telah dilaporkan kepada pihak polis dan MBSJ tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan apa-apa kerana kes itu masih dalam siasatan polis.

"Kita tunggu polis selesai menjalankan siasatan sama ada MBSJ bersalah atau sebaliknya, kita lebih tertumpu kepada siasatan pihak polis," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Kitar Semula Sekolah, Pertandingan Sketsa Pendek dan Sendi Doodle MBSJ di Hotel Summit Subang Jaya di sini pada Selasa.

Mohd Zulkurnain pada Majlis Penyampaian Hadiah Kitar Semula Sekolah, Pertandingan Sketsa Pendek dan Sendi Doodle MBSJ di Hotel Summit Subang Jaya di sini pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, media melaporkan penyanyi rap berkenaan, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, mendakwa seorang pegawai pihak berkuasa tempatan merakamnya secara rahsia ketika dia tidak berpakaian semasa menjalani perkhidmatan urutan di SS14.

Dalam beberapa hantaran di platform X, dia dikenali sebagai Zamaera, menceritakan pengalamannya, mendakwa pegawai terbabit memasuki premis itu serta merakam video dirinya yang hanya ditutupi dengan tuala.

Berikutan itu, polis menerima dua aduan, masing-masing oleh pengadu daripada MBSJ berkait serbuan ditularkan dalam media sosial serta oleh wanita terbabit yang mendakwa dirakam ketika dirinya tidak berbaju semasa diurut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dilaporkan berkata, siasatan dijalankan berdasarkan laporan kedua-dua pihak mengikut Seksyen 186/ 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.