KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan selatan Sumatera, Indonesia awal hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, gegaran kira-kira 3.05 pagi itu pada koordinat 3.6 darjah Selatan 101.2 darjah Timur berlaku pada jarak 116kilometer Barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 53km.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama