KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada suku pertama 2025, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, pengumuman itu akan memberi ruang kepada mereka yang belum mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) untuk berbuat demikian dan yang telah berdaftar tetapi didapati tidak layak untuk membuat rayuan.