48 individu terbabit sindiket penipuan dalam talian ditahan

Iklan
Pelupusan Barang Kes IPD Port Dickson dan Sidang Media Komersial di Pekarangan Trafik IPD Port Dickson pada Selasa.

PORT DICKSON - Polis menahan 48 individu di empat lokasi berasingan di sini menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri selepas terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari luar negara.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selama 20 hari bermula 14 November lalu dan berakhir pada 3 Disember lepas.

Iklan
Iklan

Maslan (dua kanan) melihat barangan yang akan dilupuskan.

Menurutnya, suspek terdiri daripada 40 lelaki dan lapan wanita dengan 35 daripadanya adalah warganegara tempatan, 13 lagi bukan warganegara berumur antara 19 sehingga 40 tahun.

Iklan

"Berikutan itu pihak polis telah merampas 271 unit telefon bimbit, 44 komputer riba, lapan buah kereta pelbagai jenama serta wang tunai berjumlah RM10,150 membabitkan jumlah anggaran rampasan sebanyak RM820,150," katanya ketika Pelupusan Barang Kes IPD Port Dickson dan Sidang Media Komersial di Pekarangan Trafik IPD Port Dickson pada Selasa.

Ujarnya, kesemua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 420/120b(2) Kanun Keseksaan dan telah dikenakan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM7,000 di Mahkamah Majistret Port Dickson setelah didapati bersalah.

Iklan

Antara barangan yang dilupus.

Sementara itu, Maslan berkata, pihaknya membuat pelupusan barang kes melibatkan 194 kertas siasatan bermula dari tahun 2019 sehingga tahun ini bagi kes yang berkait dengan kes kontraban, perjudian, barang am dan bitcoin.

"Barang kes melibatkan bitcoin yang disiasat di bawah Seksyen 427/ 379 Kanun Keseksaan merangkumi 282 peralatan mining machine bitcoin, 23 unit blower, satu laptop, dua unit router modem, tiga unit pam air, tiga peti tong besi, tiga gumpalan wayar serta tiga papan distribution dan enam hose yang dianggarkan bernilai RM169,200.

"Selain itu, turut dilupuskan adalah barang kes am dan barang kes di bawah enakmen hiburan bernilai RM5,000. Bagi kes kontraban, sebanyak 601 kotak rokok dan 568 karton rokok pelbagai jenama disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dianggarkan bernilai RM18,240.

"Begitu juga kes yang melibatkan perjudian yang meliputi 175 unit telefon bimbit, 107 mesin pencetak mudah alih, kertas slip catatan angka loteri haram, papan bergambar, mangkuk dan dadu yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM17,560," katanya.

Polis menahan 48 individu di empat lokasi berasingan di sini menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri selepas dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari luar negara.

Ujarnya, kesemua pelupusan barang kes dianggarkan bernilai lebih kurang RM210,000 yang telah mendapat arahan pelupusan di bawah Seksyen 406a dan 407a Kanun Prosedur Jenayah.

"Mesin-mesin bitcoin akan dilupuskan secara manual manakala rokok-rokok akan dibakar melalui kebuk pembakaran oleh syarikat yang dilantik mempunyai pensijilan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melupuskan aset-aset kerajaan.