Punca kejadian runtuh dikenal pasti dalam tempoh sebulan

Iklan
Zuraida ditemui pemberita di lokasi runtuhan struktur kondominium yang dalam pembinaan di Taman Desa, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Keputusan bagi mengetahui punca kejadian runtuhan struktur bangunan kondominium di Taman Desa, di sini, akan diketahui sekurang-kurangnya dalam tempoh satu bulan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan mengambil bukti awal untuk lakukan siasatan berhubung kejadian terbabit.

Iklan
Iklan

"Tindakan akan diambil kepada pemaju dan itu bergantung kepada laporan yang akan diterima.

"Untuk ketahui punca kejadian, ia akan ambil masa sekurang-kurangnya sebulan dan saya percaya JKKP akan selesaikannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi.

Iklan

Tambahnya, proses pembinaan bangunan ini juga akan dihentikan serta-merta bagi memberi laluan pihak berwajib melakukan siasatan.

Katanya, selain itu, beliau juga akan merujuk kejadian ini kepada Menteri Wilayah dan Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Iklan

Zuraida berkata, pihak pemaju juga akui kesal dan bertanggungjawab di atas insiden yang berlaku itu dan bersedia untuk siasatan pihak berkuasa.

Mengulas terdapat pihak yang membuat bantahan berhubung pembinaan kondominium terbabit sebelum ini, Zuraida menjelaskan akan mengambil maklum perkara itu untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kondominium dalam pembinaan runtuh empat mangsa terperangkap