Banjir: Mangsa di Gua Musang, Maran meningkat

Iklan
Penduduk sekitar masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun air Sungai Kelantan di Jeti Pasir Kelang pada paras berjaga-jaga selepas hujan lebat sejak malam tadi ketika tinjauan hari ini. Foto Bernama

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Gua Musang meningkat dalam tempoh lima jam selepas hujan lebat di daerah itu pada Selasa.

Kemaskini melalui portal InfoBencanaJKM pada 6.20 petang, seramai 283 mangsa berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 69 keluarga.

Iklan
Iklan

PPS dibuka ialah Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7, Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 dan Dewan Orang Ramai Batu 6.

Setakat ini, portal berkenaan melaporkan enam bayi masing-masing tiga lelaki dan perempuan antara mangsa banjir terbaharu itu.

Iklan

Akibat banjir berkenaan, Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan di beberapa tempat di seluruh negeri Kelantan bermula Khamis hingga Isnin.

Iklan

Sementara itu di Pahang, Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat selepas 160 mangsa membabitkan 46 keluarga di daerah Maran dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS).

Mengikut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 5.17 petang pada Selasa, enam PPS telah dibuka setakat ini.

Seramai 27 mangsa ditempatkan di Kampung Ulu Luit, Pusat Pemindahan Tetap Luit(71); Surau Bukit Kuin (5); Kampung Sungai Baru Chedong (40); Balai Raya Kampung Jara (13) dan bangunan bengkel wanita Kampung Bak Bak (4).

Sebelum ini, Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Maran melaporkan, hujan berterusan bermula awal pagi Isnin.

"Kejadian telah menyebabkan kawasan rendah di sekitar daerah itu dinaiki air bermula kira-kira jam 8 malam," katanya.

Maran merupakan daerah pertama di Pahang yang terjejas bagi gelombang kedua banjir.