Lepas APEC atau sebelum APEC?

Iklan
Anwar ketika bertemui Dr Mahathir baru-baru ini. -Foto Twitter Anwar

DENGAR-dengarnya berjumpalah Tuk Sri Anwar dengan Tun Perdana Menteri. Setengah jam katanya. Tentulah penting sangat pertemuan itu bagi Tuk Seri Anwar. Dia nak kepastian bila Tun Perdama Menteri nak lepas jawatan.

Kesian Tuk Seri Anwar. Dah lama sangat menunggu. Patutnya dah jadi PM 22 tahun yang lalu, masa umurnya 52 tahun. Sekarang dah 72 tahun. Tentulah dia tak sabar nak ambil alih jawatan. Awang pun simpati sangat pada beliau.

Iklan
Iklan

Awang tak salahkan dia. Siapa pun yang bercita-cita tinggi macam Tuk Seri Anwar memang berharap nak jadi PM. Dulu dah sekali terlepas. Takkan kali ini nak terlepas lagi.

Oleh sebab itulah orang dia tak mahu ambil risiko lagi. Nak pastikan Tuk Seri Anwar akan jadi PM kali ini.

Iklan

Lagi pun dah ada langkah pihak tertentu nak pastikan Tun Perdana Menteri terus kekal PM. Kita semua tahu ada komplot nak dapatkan ahli Parlimen sokong usul kekalkan Tun Perdana Menteri. Macam-macamlah yang kita dengar kat luar tu.

Semua itu yang buat Tuk Seri Anwar dan orang-orangnya gelisah. Agaknya sebab itulah Tuk Seri Anwar nak jumpa sangat Tun Perdana Menteri. Nak kepastian sebelum mesyuarat Majlis Presiden PH.

Iklan

Awang tahu orang Tuk Seri Anwar pun dah bergerak sama hebat dengan grup satu lagi. Awang pun macam boleh ramal apa Tuk Seri Awar akan buat kalau Tun Perdana Menteri"mungkir janji”.

Makin panaslah politik negara kita. Awang tak tahulah kalau betul-betul ada perang besar. Tun Perdana Menteri bukan sebarang orang. Tuk Seri Anwar pun macam hadapi perang kalah mati kali ini.

Sama-samalah kita tengok nanti.

Lagi cerita PPSMI

Awang dah duga, bila Tun Perdana Menteri jadi Pemangku Menteri Pendidikan, dia tentu akan kaji kemungkinan memperkenalkan semula PPSMI.

Beliau yang perkenalkan dasar itu dulu. Mantan Perdana Menteri, Tuk Seri Bossku Najib yang batalkan.

Maka, mulalah pertubuhan Melayu bersuara menentang ura-ura itu. Mereka anggap itu langkah undur semula. Ia merupakan pelanggaran pada Akta Bahasa Kebangsaan. Ia merupakan sabotaj pada usaha mendaulatkan Bahasa Melayu.

Awang tak mahu komen panjang isu ini. Ia isu penuh emosi bagi semua orang. Soal bahasa pengantar utama di sekolah patut dah lama selesai.

Awang rasa keutamaan bagi Tun Perdana Menteri ialah melantik seorang Menteri Pendidikan yang betul. Yang tegas. Yang sanggup hadapi risiko. Biar kena panggang atau kena rendam, tapi akan laksanakan apa sahaja yang baik dan menguntungkan pelajar pada masa hadapan.

Pendidikan soal anak cucu kita semua. Kita patut fikir apa yang terbaik bukan ikut emosi saja. Kita mahukan anak cucu kita mendapat yang terbaik. Kita mahu lahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dan boleh kuasai sebanyak mana bahasa.

Tun Perdana Menteri tak perlu tanggung beban itu. Serahkan pada saja yang layak, bukan yang takut dan tak berani buat keputusan.

PPSMI pada pendapat Awang hanya masalah kecil dalam pelan pendidikan kita yang lebih besar.