Gelombang kedua: Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat

Iklan
Mangsa banjir di Pantai Timur semakin bertambah dengan gelombang kedua yang melanda. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir di Pantai Timur semakin bertambah dengan gelombang kedua yang melanda.

Setakat jam 6 pagi Rabu, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam tadi.

Iklan
Iklan

Terengganu mencatatkan mangsa tertinggi dengan 5,809 orang terdiri daripada 1,446 keluarga. Mereka ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah terlibat.

Sementara di Kelantan, tiga PPS dibuka bagi menempatkan 307 mangsa dari 72 keluarga.

Iklan

Di pahang, 210 mangsa kini berlindung di 7 PPS yang dibuka bermula semalam.

Sementara itu di Johor, masih terdapat 155 mangsa daripada 41 keluarga yang berada di PPS.

Iklan

Di Perak pula, satu PPS masih beroperasi bagi menempatkan 34 mangsa yang terdiri daripada 11 keluarga. - Awani