Susan Lankester harap kemenangan buka mata penggiat seni wanita

Iklan
Susan menyifatkan 2024 sebagai tahun bertuahnya.

AKTRES Susan Lankester membuktikan usia hanya sekadar angka, dan usaha serta kerja keras sama sekali tidak mengkhianati hasilnya.

Masakan tidak, hanya seminggu selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024, pelakon berusia 62 tahun itu dipilih sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) menerusi lakonan sebagai Aileen Choo dalam filem Rain Town.

Iklan
Iklan

Mengulas kemenangan berganda yang diperoleh tahun ini, pemilik nama penuh Susan Anne Lankester itu menyifatkan penantiannya selama empat dekad dalam industri seni akhirnya membuahkan hasil.

"Dalam masa seminggu sahaja, saya menerima dua pengiktirafan di Asia Tenggara dan di negara sendiri.

Iklan

"Saya rasa seperti tidur di atas Pelangi kerana terlalu gembira. Semua ini ditentukan oleh masa dan ini adalah tahun saya," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Peranannya sebagai ibu dan isteri penyayang yang dalam masa sama berjuang melawan kanser menerusi filem Rain Town telah memikat hati juri.

Dalam masa sama, Susan berharap kejayaannya itu akan menjadi pemangkin semangat buat pelakon wanita untuk terus berkarya.

Iklan

Bukan itu sahaja, pelakon yang mula dikenali enerusi filem Mekanik itu mahu penggiat seni wanita lain berani menyuarakan keinginan dan idea kepada pihak produksi demi kebaikan karya yang dihasilkan.

"Saya harap pelakon di Malaysia perlu percaya dengan diri mereka sendiri. Mereka boleh pergi jauh jika mereka bekerja keras dan bersuara.

"Jika kita takut, kita tidak akan ke mana-mana dan akan bawakan karakter sama berulang kali," jelasnya.