KPDN Johor tahan tiga lelaki, sita 1,479 pakaian berjenama

Iklan
Anggota KPDN melakukan pemeriksaan di salah sebuah premis di pusat beli-belah di Johor Bahru. Foto KPDN

JOHOR BAHRU - Sejumlah 1,479 helai pakaian yang dianggarkan bernilai RM11,768 disita pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor hasil serbuan ke empat premis di sebuah pusat beli-belah di sini, Isnin lalu.

Menurut Pengarah KPDN Johor, Likis Saslinda Pornomo, sebuan berkenaan dilakukan dilakukan hasil aduan dan maklumat oleh orang awam yang mengesyaki terdapat penjualan barang tiruan di premis-premis tersebut.

Iklan
Iklan

"Hasil serbuan yang dijalankan, pihak KPDN Johor telah berjaya menemukan barangan yang disyaki tiruan, terdiri daripada pakaian pelbagai jenama terkemuka seperti seperti Balenciaga, Louis Vuittion, Gucci, Nike, Lacoste, Puma dan Levis.

"Selain itu, seramai tiga lelaki lelaki yang mengaku sebagai pekerja di premis tersebut turut ditahan bagi tujuan siasatan lanjut.

Iklan

"Secara keseluruhannya, kesemua premis disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah dan tindakan kes telah dikenakan kepada empat premis tersebut di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019," katanya.

Sementara itu, Lilis Saslinda berkata, KPDN Johor akan terus bekerjasama dengan pemilik cap dagang dan agensi-agensi lain dalam usaha melindungi hak pengguna dan juga hak harta intelek milik industri.

Iklan

Katanya, peniaga juga diberikan amaran supaya tidak menjalankan urusniaga dengan barangan tiruan kerana pihak KPDN Johor sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Kita juga menasihatkan para pengguna agar lebih berhati-hati ketika membuat pembelian dalam talian bagi mengelakkan tertipu dengan membeli barangan yang tiruan menggunakan jenama yang terkenal.

"KPDN Johor juga telah menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan dan maklumat bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan dan maklumat.

"Bagi pengguna di negeri Johor boleh menyalurkan maklumat atau aduan kepada pihak Kementerian melalui WhatsApp di talian 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN iaitu e-aduan@kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-800 dan melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU," katanya.