Banjir: APM Pahang kumpul lebih dua tan sumbangan barangan

Iklan
Che Adam (dua dari kiri) membantu memasukkan barangan sumbangan dari pusat pengumpulan ke dalam kenderaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

KUANTAN - Lebih dua tan sumbangan berbentuk barangan berjaya dikumpulkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pantai Timur.

Pengarahnya, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, sebahagian sumbangan yang diterima telah diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang terutama di Raub dan Lipis sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebahagian besar sumbangan terdiri barangan keperluan harian, makanan, keperluan penjagaan diri, lampin pakai buang, tuala wanita dan permainan kanak-kanak.

"Sumbangan dalam jumlah agak besar diterima daripada pelbagai pihak semalam (Selasa) dan kini ditempatkan di pusat pengumpulan utama di Ibu Pejabat APM Pahang di Jalan Beserah di sini untuk proses pengasingan sebelum ia diagihkan," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Iklan
Che Adam menunjukkan antara barangan sumbangan yang diterima dan dikumpulkan di pusat pengumpulan di Ibu Pejabat APM Pahang di Kuantan.

Che Adam berkata, selain diagihkan kepada mangsa banjir, sumbangan juga diagihkan kepada petugas bencana termasuk anggota APM di lapangan.

"Selain makanan siap dimasak, mereka turut menerima keperluan makanan dan minuman segera untuk membekal tenaga ketika bertugas.

Iklan

Beliau berkata, bantuan tersebut akan diagihkan mengikut keperluan melalui pusat pemindahan sementara (PPS) dan dihantar terus kepada mangsa ke rumah masing-masing.

"Jika ada keperluan, barangan sumbangan yang dikumpulkan ini juga akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri jiran," ujarnya.

Menurutnya lagi, APM Pahang masih membuka peluang kepada semua pihak yang berhasrat untuk menyumbang barangan keperluan yang sesuai melalui pusat ini.

"Semua barang sumbangan boleh dikumpulkan di sini dan kita akan selaraskan proses penghantaran serta agihan menggunakan logistik sedia ada," katanya.

Sementara itu katanya, semua penyelarasan pengurusan bencana banjir di negeri ini berjalan dengan baik.

"Pihak APM sendiri tidak mengalami sebarang masalah di lapangan.

"Ia hasil persediaan awal yang dilaksanakan sejak September lalu termasuk dalam aspek latihan, logistik dan sebagainya.

"Kita juga menggerakkan anggota bantuan bagi membantu di daerah terjejas," ujarnya.