'Terima kasih untuk 11 tahun yang indah' - Che Ta, Zain rai ulang tahun perkahwinan

Iklan
Masih memilih untuk berdiam diri mengenai isu kegagalan membayar pinjaman Mara, Che Ta berkongsi ucapan sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-11 dengan aktor, Zain Saidin.

MASIH memilih untuk berdiam diri mengenai isu kegagalan membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara), selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta tetap aktif di laman Instagram.

Terbaharu, Che Ta berkongsi ucapan sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-11 dengan aktor, Zain Saidin.

Iklan
Iklan

Ibu kepada tiga cahaya mata itu mendoakan agar hubungan mereka berdua terus berkekalan pada masa hadapan.

"Happy 11th anniversary. I wish you and I a happy, healthy and lovely life together in the future, just as we did years ago. @zainsaidin23," kongsinya.

Iklan

Menghargai Zain, Che Ta juga tidak sabar untuk menempuhi kehidupan bersama seterusnya.

Lebih istimewa lagi, Che Ta dan Zain sempat memuat naik foto dengan memakai busana pengantin serba putih.

Iklan

"You are my heart, my soul, and my partner in everything. Thank you for 11 wonderful years.”

"We’ve built something so special together over the past 11 years, and I can’t wait to see what’s next.” @zainsaidin23." titip Che Ta.