Al-Quran, kitab tidak basah walau rumah ditenggelami banjir

Iklan
Nabil menunjukkan sebahagian al-Quran yang masih baik walaupun rumahnya di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, dinaiki air pada minggu lepas.

JITRA - Seorang mangsa banjir di Taman Tabung Haji, Kepala Batas di sini terkejut apabila beberapa al-Quran dan kitab agama miliknya masih dalam keadaan baik walaupun kediamannya ditenggelami banjir hingga paras 0.5 meter (m) minggu lepas.

Nabil Suhaid Farizan, 30, berkata, kediamannya mula dinaiki air hingga paras 0.2 meter lebih kurang jam 1 pagi pada 29 November lalu sebelum ia naik lebih tinggi pada keesokan harinya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia tidak sempat berbuat apa-apa termasuklah mengangkat empat kotak mengandungi beberapa al-Quran dan kitab agama ke tempat lebih tinggi.

"Dalam hati, memang risaukan al-Quran dan kitab agama yang tidak dapat diselamatkan dan saya bertawakal kepada ALLAH SWT.

Iklan

"Al-Quran berkenaan amatlah istimewa terutamanya satu naskhah yang saya talaqqi dengan seorang syeikh buta," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Nabil berkata, dia pulang ke rumah pada hari keempat selepas air banjir surut untuk mencuci dan mengemas pelbagai barangan yang tenggelam.

Iklan
Keadaaan al-Quran masih dalam keadaan baik walaupun kotak digunakan ditenggelami air.

Kata Nabil, dia turut memeriksa kotak-kotak mengandungi kitab-kitab berkenaan sebelum mendapati bahagian luarnya dalam keadaan basah.

"Bagaimanapun, saya dapati al-Quran dan kitab agama disimpan dalam kotak masih keadaan baik dan tidak basah," katanya.

Nabil memaklumkan, dia terus memberitahu dan menunjukkan keadaan kitab itu kepada ibu dan jirannya yang tinggal berhampiran, malah mereka juga terkejut melihatnya.

"Ini kali pertama, saya berhadapan pengalaman sebegini, sekali gus menyifatkan ia sebagai bukti kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT," katanya.

Menurut Nabil, sehingga kini, dia masih terus teringat pengalaman menakjubkan itu walaupun banjir telah pulih sepenuhnya di kawasan taman perumahan berkenaan.