Malaysia raih emas acara sabre Kejohanan SEAFF 2024

Iklan
Malaysia mengungguli emas acara sabre berpasukan lelaki pada Kejohanan Persekutuan Lawan Pedang Asia Tenggara (SEAFF) 2024. Foto fail Bernama

SKUAD lawan pedang negara mencipta sensasi apabila mengungguli emas acara sabre berpasukan lelaki pada Kejohanan Persekutuan Lawan Pedang Asia Tenggara (SEAFF) 2024 pada Selasa.

Dalam aksi yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah, Majlis Olimpik Malaysia (MOM), skuad negara yang dibarisi Syed Adam Emir Putra, Tyrsten Fong, Tony Lee dan Wong Tzer Chyuan mengetepikan cabaran wakil Thailand dengan keputusan 45-40 untuk meraih emas.

Iklan
Iklan

Terdahulu, gandingan negara menempah pertemuan menentang Thailand itu selepas menewaskan Brunei 45-41 di suku akhir, diikuti kemenangan tipis 45-43 ke atas Filipina di separuh akhir.

Pingat gangsa acara itu menjadi milik bersama pasukan Vietnam dan Filipina.

Iklan
Iklan

"Sudah agak lama Malaysia tidak memenangi acara ini. Kemenangan ini juga sedikit mengejutkan semua pihak," kata Syed Adam ketika dihubungi pada Rabu. - Bernama