Polis minta bantuan kesan pelancong China, hilang di Suria KLCC

Iklan
Xu Baolin menghadapi masalah pendengaran dilaporkan hilang pada jam 11.42 pagi, Isnin.

KUALA LUMPUR - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga China berusia 84 tahun yang dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Xu Baolin pada jam 11.42 pagi, Isnin.

Iklan
Iklan

"Lelaki warga emas berketinggian kira-kira 159 sentimeter itu kali terakhir dilihat di tingkat dua di medan selera pusat beli-belah berkenaan.

Menurutnya, lelaki itu tinggal di sebuah kediaman di Jalan Kia Peng, di sini dan sepatutnya pulang ke China pada 17 Disember ini.

Iklan

"Lelaki itu tiada penyakit Alzheimer, namun ada masalah pendengaran," ujarnya.

Sulizmie Affendy berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Iklan

"Orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002264 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222," katanya.