Buaya tembaga 200kg sesat dalam longkang

Iklan
Keadaan buaya tembaga seberat 200kg yang tersesat dalam longkang. Foto APM

ALOR GAJAH - Orang ramai gempar apabila menemui seekor buaya tembaga yang tersesat di dalam longkang di Pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Jeti Kuala Linggi, di sini, pada Rabu.

Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pihaknya menerima aduan reptilia itu dipercayai datang dari arah Sungai Linggi sebelum terperangkap di longkang tersebut.

Iklan
Iklan
Buaya tembaga yang dipercayai datang dari Sungai Linggi sebelum sesat dalam longkang.

Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, kakitangan jabatan berkenaan bergegas ke lokasi kejadian dan operasi menangkap buaya jantan itu turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Masjid Tanah.

Kakitangan Perhilitan dan APM bergambar bersama buaya tembaga yang ditangkap. Foto APM

"Buaya seberat 200 kilogram dan sepanjang 330 sentimeter itu berjaya ditangkap.

Iklan

"Hasil pemeriksaan awal reptilia itu dalam keadaan stabil dan kita akan melakukan pemeriksaan kesihatan lanjut bagi memastikan haiwan itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Iklan