MOSCOW - Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow, menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) pada Rabu, lapor Sputnik/RIA
"Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia, bersama Kementerian Dalam Negeri Rusia telah menghentikan aktiviti haram kumpulan jenayah terancang yang mengendalikan tiga pusat panggilan di Moscow, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian penipuan antarabangsa yang dikawal oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sistema-Khimprom-Techno, Egor Burkin, yang berada dalam senarai orang dikehendaki," menurut FSB dalam satu kenyataan.