Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia cetus persoalan

Iklan
Jersi dipakai Zii Jia memaparkan Jalur Gemilang terbalik pada aksi pembukaan Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024, pada Rabu cetus persoalan dalam kalangan netizen.

KEMENANGAN pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam aksi pembukaan Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024, pada Rabu dibayangi kontroversi.

Kontroversi hadir selepas jersi dipakai Zii Jia memaparkan Jalur Gemilang secara terbalik semasa memimpin permainan pada pertengahan set kedua ketika menentang pemain Taiwan, Chou Tien-chen di Hangzhou, China.

Iklan
Iklan

Paparan Jalur Gemilang terbalik itu tular menyaksikan dalam kalangan netizen mempersoalkan pemeriksaan ketelitian pakaian digunakan pemain kelahiran Alor Setar sebelum perlawanan Kumpulan A berkenaan.

Pada perlawanan itu, pemain yang berada di kedudukan ranking kelapan dunia tersebut memulakan kempen dengan langkah kanan apabila menang straight set 21-13, 21-15 dalam tempoh 39 minit.

Iklan
Iklan

Momentum positif pemain berusia 26 tahun itu melebarkan jurang kemenangan Zii Jia ke atas Tien-chen kepada 6-5.