Pengarah syarikat pemborong alat tulis rugi RM98,550 ditipu 'pejabat pendidikan'

Iklan
Seorang pengarah syarikat pemborong alat tulis kerugian RM98,550 apabila diperdaya sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil daripada 'pejabat pendidikan' dan syarikat pembekal peralatan mengajar pada 29 November lepas. Gambar hiasan

IPOH - Seorang pengarah syarikat pemborong alat tulis kerugian RM98,550 apabila diperdaya sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar sebagai wakil daripada 'pejabat pendidikan' dan syarikat pembekal peralatan mengajar pada 29 November lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 53 tahun, semalam.

Iklan
Iklan

"Mangsa ditawarkan kontrak membekalkan peralatan mengajar (projektor) bernilai RM150,000 daripada individu yang mengakui dirinya wakil daripada pejabat pendidikan menerusi Whatsapp pada 29 November lepas.

"Mangsa memberitahu suspek beliau tidak dapat membekalkan peralatan itu kerana syarikatnya hanya membekalkan alat tulis sahaja," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, Ahmad Adnan berkata, suspek telah memberikan kononnya nombor telefon sebuah syarikat pembekal untuk mangsa membuat tempahan dan mangsa membuat tiga transaksi dalam talian berjumlah RM98,550 ke sebuah akaun.

"Pada 10 Disember 2024 rakan mangsa telah berkongsi kepada mangsa satu hantaran di media sosial Facebook mengatakan syarikat pembekal yang mangsa telah berurusan tersebut adalah scammer yang menggunakan nama pejabat pendidikan untuk menipu mangsa," katanya. - Bernama

Iklan