Ahmad Samsuri lepaskan jawatan Bendahari Agung PN

Iklan
AHMAD SAMSURI

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) pada Rabu.

Memetik laporan portal Harakahdaily, pengumuman peletakan jawatan itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan berkenaan, Naib Presiden Pas itu berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pihak pengurusan PN.

"Assalamualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian. Harap maklum,” katanya dalam mesej ringkas kepada portal terbabit.

Iklan

Tindakan Ahmad Samsuri itu disifatkan sebagai sesuatu yang mengejutkan memandangkan beliau dilihat sebagai antara tokoh utama Pas yang merupakan salah satu parti komponen dalam PN.

Beliau yang berasal dari Jerteh, Besut turut dikenali sebagai pemimpin berprofil tinggi dalam Pas.

Iklan

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengurusan PN berhubung perkara terbabit dan ia dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

Punca peletakan jawatan ini juga masih belum didedahkan secara rasmi oleh Ahmad Samsuri atau mana-mana pihak berkepentingan dalam PN.

Bagaimanapun, Sinar Harian akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada beliau berhubung perkara ini.