KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 lelaki warga tempatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel menerusi beberapa serbuan di Bukit Jalil dan Rawang dekat sini pada Isnin dan semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.