PENGENDALI Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui perlawanan berdepan Timor-Leste sebagai aksi yang cukup sukar selepas terpaksa bangkit untuk menang 3-2 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Menurutnya, walaupun dikejutkan oleh pasukan di ranking ke-196 dunia itu pada separuh masa pertama, namun pemain menunjukkan persembahan terpuji untuk bangkit sekali gus meraih tiga mata berharga dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala ASEAN itu.
"Sangat sukar untuk kami. namun, apa yang penting adalah keputusan akhir.
"Kami berdepan masalah kecederaan dan bolos dua gol, namun pemain tahu kena bangkit.
"Ini lah situasi kejohanan dan kemenangan adalah perkara paling utama," katanya.
Kemenangan tersebut menyaksikan Malaysia berjaya naik ke kedudukan teratas Kumpulan A dengan empat mata selepas dua perlawanan.
Thailand pula di kedudukan kedua dengan tiga mata dan beraksi kurang satu perlawanan manakala Singapura di kedudukan ketiga dengan enam mata.
Kemboja pula di kedudukan keempat dengan satu mata dan Timor-Leste di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Selepas ini, Malaysia akan bertemu Thailand di Bangkok pada Sabtu ini.