Speedy Tigers bersiap awal ke India

Iklan
Shello (depan) tekad memberikan yang terbaik jika dipilih mewakili Speedy Tigers. Foto KHM

SKUAD hoki lelaki negara tekad memperbaiki segala kelemahan untuk berada pada prestasi terbaik menjelang Kejohanan Hoki Piala Asia di India tahun depan.

Walaupun kejohanan dijadualkan pada Ogos, namun skuad Speedy Tigers giat menjalani latihan memperkasakan pasukan bagi mencuri slot ke Piala Dunia 2026.

Iklan
Iklan

Perkembangan tersebut dikongsi pemain negara, Shello Silverius yang turut bertekad memperagakan aksi terbaik sekiranya diberi peluang menyertai skuad bimbingan Sarjit Singh itu.

"Dari segi persembahan memang kurang baik tahun ini. Kita sudah menganalisis kelemahan pasukan dan tahun depan kita akan buat lebih baik.

Iklan

"Kita perlu teruskan latihan dan meningkatkan prestasi lebih baik untuk kejohanan akan datang,” katanya.

Kejohanan Hoki Piala Asia dijadual berlangsung di Rajgir bermula 27 Ogos hingga 7 September depan.

Iklan

Sebagai rekod, ketika beraksi bersama skuad negara kendalian Arul Selvaraj pada Piala Dunia 2023, Shello meledak tiga jaringan dalam kejohanan tersebut.

"Sebelum ini saya terlibat di India (Piala Dunia 2023) dan untuk kelayakan Piala Dunia 2026 (Piala Asia tahun depan), kita sasar layak sekali ke kejohanan dunia itu,” ujar Shello.

Sejak Kejohanan Hoki Piala Dunia itu bermula pada 1971, Malaysia pernah beraksi sembilan kali dan pencapaian terbaik meraih tempat keempat pada 1975 ketika menjadi tuan rumah.