Tiada ruang wakil rakyat kembali 'ghairah' lompat parti
Iklan
SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Rayuan menurunkan amaun ganti rugi RM10 juta kepada RM100,000 terhadap bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamaruddin atas kesalahan perlanggaran syarat bon parti itu, tidak sesekali membuka ruang kepada mana-mana wakil rakyat di negara ini untuk kembali 'ghairah' melompat parti.
Peguam, Radzlan Jalal berkata, ini kerana keputusan berkenaan membuktikan sebarang perjanjian bon atau kontrak mengikat wakil rakyat terhadap parti masing-masing masih sah dan terpakai, meskipun amaun ganti rugi dikurangkan atas pertimbangan dan kebijaksanaan panel hakim.