'Cari lawan setanding'

Iklan
Hisyam minta lelaki letak empati, minta lindungi kaum Hawa.

BIARPUN kini 'dibenci' kaum wanita kerana keberkesanan lakonan menjayakan watak lelaki curang dan kejam terhadap isteri, hakikatnya aktor Hisyam Hamid menolak keras isu keganasan rumah tangga.

Tegas Hisyam, 39, tanggungjawab kaum Adam terutamanya yang bergelar suami adalah melindungi isteri mereka dan bukannya mengambil kesempatan

Iklan
Iklan

"Saya pernah cakap sebelum ini, sebagai ketua keluarga, tanggungjawab kita adalah melindungi keluarga. Saya bukan mahu labelkan wanita lemah, tetapi sebagai suami kita harus pastikan semua keperluan dia," ujarnya.

Tambah Hisyam, meskipun sudah dua kali menjayakan watak lelaki tidak bertanggungjawab, dia akan mencadangkan kepada mengarah untuk tidak mewujudkan babak dera atau memukul wanita.

Iklan

"Sebelum ini dalam filem La Luna, saya bawa watak suami panas baran tetapi saya minta supaya tidak perlu potretkan saya naik tangan atau kaki. Begitu juga dalam drama Andai Tiada Dia.

"Bagi saya hanya lelaki lemah yang memukul wanita. Kalau rasa diri panas baran, cari lawan yang setanding," katanya.

Iklan

Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Astro One baru-baru ini.

Dalam masa sama, bapa kepada sepasang cahaya mata itu meminta mana-mana lelaki yang mempunyai masalah panas baran untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.

Katanya, ada cara berbeza untuk melepaskan rasa marah dalam diri dan tidak menjadikan wanita sebagai mangsa.

Drama Andai Tiada Dia mendedahkan sisi lakonan berbeza Hisyam.

"Bagi saya golongan yang suka memukul atau mempunyai masalah panas baran, itu semua hanyalah psikologi.

"Cari ruang untuk melepaskan ketegangan atau berjumpa dengan pakar. Kalau di Jepun atau Singapura contohnya, ada tempat yang memberi ruang dan peluang untuk mana-mana individu lepaskan kemarahan mereka. Mungkin di sini juga ada lokasi seperti itu," katanya lagi.

Ditanya bagaimana cara dia melepaskan kemarahan, Hisyam tidak menafikan lakonan adalah cara buatnya 'lari' dan melepaskan apa yang terbuku tanpa menjejaskan orang lain.

"Lakonan adalah cara saya untuk 'escapisme'. Secara tak langsung saya boleh melepaskan tekanan.

"Macam dalam drama Andai Tiada Dia, ada babak hentak kerusi dan pecahkan barang. Bagi saya itu ruang untuk saya ekspresi diri.

"Walaupun ada yang lihat macam saya selalu marah atau melalui situasi sukar, hakikatnya itu cara saya melepaskan apa yang saya rasa," jelas Hisyam yang mahu terus mencuba pelbagai watak termasuk karakter yang lebih gelap.

Sebelum ini, pelakon dan bekas model, Zahnita mendedahkan dalam media sosial tentang dirinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.