PUTRAJAYA - Tindakan seorang guru menyuap beberapa anak muridnya ketika waktu makan meraih pujian warga maya.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik pengguna S Anand di aplikasi TikTok, guru tersebut juga dilihat meniup makanan berkenaan sebelum menyuap ke mulut murid.
Iklan
Iklan
Situasi itu berlaku ketika perlawanan bola sepak sekolah Tamil anjuran Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) Kebangsaan bagi kategori bawah 12 tahun.
"Inilah Malaysia," kata Anand yang mendapat lebih 51,000 tanda suka dan komen melebihi 2,000.
Sementara itu, di ruangan komentar, pengguna media sosial menyifatkan guru tersebut mempunyai sifat keibuan sementara yang lain berharap lebih banyak kandungan positif seperti itu dipaparkan.