KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie Hisamudin, yang meninggal dunia pada usia 30 tahun, semalam.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.