Ruby Cafe: Permata baharu di Jalan Pudu

Iklan

Jika anda sedang mencari destinasi santapan baharu di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, Ruby Cafe di Signature International Hotel, Jalan Pudu pasti mencuri perhatian.

Dengan gabungan konsep moden dan tradisional, kafe ini bukan sekadar tempat makan, tetapi satu pengalaman yang memikat.

Iklan
Iklan

Menu pelbagai rasa

Ruby Cafe berjaya mengharmonikan masakan Barat dan Timur untuk memenuhi cita rasa pelbagai lapisan masyarakat.

Iklan

Bagi peminat masakan Barat, hidangan seperti Chicken Chop Signature Ruby dan Rasam Pan-Seared Salmon menjadi pilihan yang tidak menghampakan.



Sosnya pekat, dagingnya lembut, dan hiasan pinggan yang memukau membuatkan setiap suapan terasa istimewa.

Iklan

Untuk mereka yang lebih gemar rasa tempatan, Ruby Cafe menawarkan pelbagai pilihan seperti Nasi Goreng Istimewa Ruby Cafe dan Sea Food Mee Goreng Makanan. Hidangan ini disediakan dengan sentuhan baharu namun rasa asli dikekalkan sehingga menjadikan rasa setiap sajian begitu autentik dan menggamit kenangan kampung halaman.



Bufet tempahan khas untuk privasi

Salah satu tarikan utama dan terbaharu di Ruby Cafe ialah para pelanggan boleh membuat tempahan khas bufet makan tengah hari atau malam untuk pelbagai majlis sama ada sambutan hari jadi, acara syarikat atau reunion yang menampilkan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu dan tempatan.

Dari rendang daging Tok, asam pedas ikan pari hingga ke ulam-ulaman dengan sambal belacan, setiap hidangan mencerminkan keindahan warisan gastronomi Malaysia.



Yang menarik, harga bufet ini amat berpatutan – sesuai untuk pelanggan yang ingin suasana majlis yang lebih privasi sambil menikmati pelbagai jenis hidangan tanpa perlu merogoh poket terlalu dalam.

Bufet ini juga menyediakan pilihan pencuci mulut tradisional seperti Kuih Seri Muka, Pengat Pisang, dan Ais Batu Campur (ABC) yang pasti memuaskan.



Keselesaan bertaraf bintang

Ruby Cafe bukan sahaja menonjol melalui hidangannya, tetapi juga melalui suasana kafe yang santai dan selesa.

Dengan dekorasi elegan, tempat duduk yang luas, dan pencahayaan semula jadi, ia sesuai untuk pelbagai acara, sama ada makan bersama keluarga, mesyuarat perniagaan atau pertemuan kasual bersama rakan-rakan.



Tambah menarik, lokasinya yang strategik di Jalan Pudu dan China Town KL memudahkan akses bagi penduduk tempatan dan pelancong.

Dengan perkhidmatan mesra dan suasana yang damai, Ruby Cafe memastikan setiap pengunjung menikmati waktu makan yang menyenangkan.

Ruby Cafe di Signature International Hotel, Jalan Pudu, adalah destinasi baharu yang wajar diterokai.



Dari hidangan Barat yang moden hingga citarasa tradisional yang kaya dengan nostalgia, kafe ini benar-benar memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai mereka – pengalaman yang pasti membuatkan anda kembali lagi.

Jika anda sedang mencari permata baharu di tengah kota, Ruby Cafe adalah pilihan yang tepat. Hadirlah untuk menikmati pengalaman kulinari yang mengasyikkan di sini!