Cubaan bawa masuk 2,000 kg beras import tumpas

Iklan
Cubaan menyeludup masuk 2,000 kilogram beras import jenis Canadian Organic Wild Rice terbongkar menerusi pemeriksaan dijalankan di Pelabuhan Klang Utara di sini pada Rabu.

PELABUHAN KLANG - Cubaan menyeludup masuk 2,000 kilogram (kg) beras import jenis Canadian Organic Wild Rice terbongkar menerusi pemeriksaan dijalankan di Pelabuhan Klang Utara di sini pada Rabu.

Beras bernilai RM13,000 itu dirampas hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor terhadap percubaan membawa masuk beras yang tidak mematuhi peraturan.

Iklan
Iklan
Beras yang dirampas diserahkan kepada pihak penguat kuasa Bahagian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk tindakan lanjut.

Ketua Pintu Masuk Maqis Pelabuhan Klang Utara, Nur Syazwina Abd Somad berkata, beras berkenaan diserahkan kepada pihak penguat kuasa Bahagian Kawalselia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi tindakan lanjut.

"Langkah ini mencerminkan pendirian tegas Maqis dalam memastikan setiap pengimportan mematuhi undang-undang yang ditetapkan terutamanya berkaitan isu biosekuriti.

Iklan

"Maqis tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran peraturan yang boleh menjejaskan keselamatan makanan, biosekuriti, dan kepentingan pengguna," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Nur Syazwina berkata, pihaknya sentiasa memperketat kawalan serta melaksanakan penguatkuasaan tanpa rasa takut atau pilih kasih di pintu masuk negara.

Iklan

"Kesemua rampasan ini hasil penguatkuasaan rapi terhadap barangan dagangan yang tidak memenuhi syarat import yang telah ditetapkan oleh Kawalselia Padi dan Beras.

"Langkah ini juga menggambarkan kerjasama erat antara Maqis dengan agensi lain dalam memastikan kestabilan industri pertanian dan keselamatan makanan negara," katanya.

Menurutnya, semua pihak terlibat dalam sektor pengimportan diminta untuk mematuhi peraturan dan undang-undang demi memastikan kualiti serta keselamatan barangan yang memasuki negara.