UEFA: Manchester City digantung dua tahun

Iklan
UEFA mengenakan penggantungan dua tahun terhadap Manchester City daripada menyertai saingan Eropah.

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City menerima tamparan hebat menjelang aksi Pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Real Madrid apabila digantung menyertai saingan Eropah selama dua tahun bermula musim depan.

Keputusan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang turut mengenakan denda 30 juta euro (RM134.5 juta) diputuskan setelah mendapati The Citizens melanggar peraturan fair play kewangan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun keputusan UEFA dicabar oleh kelab kendalian Pep Guardiola berkenaan yang akan merayu hukuman itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Stadium Etihad gelanggang keramat The Citizens.

"Manchester City tidak terkejut dengan keputusan ini tetapi kami kecewa dengan pengumuman UEFA.

Iklan

"Kes ini dicetus oleh UEFA, didakwa oleh UEFA dan dihakimi oleh UEFA.

"Apapun, kelab akan mengambil tindakan susulan di CAS,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Iklan

Untuk rekod, Manchester City sebelum ini didenda 60 juta euro (RM269 juta) pada 2014.

Badan induk bola sepak Eropah itu dalam satu kenyataan berkata, tindakan disiplin ke atas The Citizens diambil setelah kelab gagal memberikan kerjasama dalam siasatan berkenaan.