Operasi cari Lans Koperal Ahmad Zulhilmi masih tiada petunjuk

Iklan
Ahmad Zulhilmi dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, di sini pada 30 November lepas. - Gambar fail

PORT DICKSON - Tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, Perak dalam kejadian pada 30 November lalu.

Iklan
Iklan

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, misi pencarian Lans Koperal, Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi daripada pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor itu masih diteruskan yang kini memasuki hari ke 12.

Menurutnya, operasi ini melibatkan lapan kumpulan dari Angkatan Tentera Darat (ATM) dengan aturgerak seramai enam pegawai dan 126 Lain-lain Pangkat dari 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dua Rejimen Renjer DiRaja (RRD) dan 22 komando.

Iklan
Mohammad ketika sidang akhbar sebaik selesai majlis.

"Tiada penglibatan dari agensi lain kerana operasi ini melibatkan operasi carilamat dalam kawasan hutan. Kita akan teruskan usaha ini, (sebagai contoh) pada misi operasi mencari anggota di sempadan Sarawak dan Brunei ia mengambil masa 19 hari, dalam kes ini baru ke-12.

"Kebiasaanya misi menyelamat ini 14 hari, kita akan teruskan operasi ini sehingga komander memutuskan untuk hentikan operasi, sekiranya ada pentunjuk baharu, operasi diteruskan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menyempurnakan Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini pada Khamis.

Pada 3 Disember lalu, TDM dalam satu kenyataan mengesahkan kehilangan dua anggotanya semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, kira-kira jam 8 pagi.

Tujuh anggota yang terlibat ditemukan selamat kira-kira jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Ahmad Zulhmi serta Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang.

Bagaimanapun, mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak dijumpai di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup pada 1 Disember, dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.