MIC cadang penetapan kos rawatan di hospital swasta

Iklan
Murugiah

IPOH - MIC mencadangkan kerajaan membuat penetapan kos rawatan pada kadar munasabah bagi setiap penyakit di hospital swasta.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah berkata, langkah itu antara lain bagi mengelak pesakit daripada dikenakan caj tinggi dengan sewenang-wenangnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketidaktentuan kos rawatan di hospital swasta ketika ini juga secara tidak langsung mengakibatkan peningkatan sehingga 70 peratus dalam kos rawatan ditanggung syarikat insurans.

"Saya ingin menggesa Kementerian Kesihatan (KKM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Insurans Malaysia untuk duduk bersama berbincang berkaitan perkara ini.

Iklan

"Kerjasama pihak berkepentingan ini penting bagi mengawal kos rawatan yang melambung tinggi.

"Dengan kos rawatan yang munasabah, syarikat insurans dapat menstabilkan premium dan mengurangkan beban kewangan kepada pengguna," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, kos rawatan yang terkawal diyakini dapat memberi akses penjagaan kesihatan yang mampu milik dan manfaat kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

"Saya percaya langkah ini akan membawa keadilan kepada rakyat.

"Paling penting kita mahu memastikan kualiti penjagaan kesihatan yang mampan, serta mengurangkan tekanan terhadap sistem insurans di negara ini," katanya.