‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam

Iklan
Ahmad Samsuri

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) pada Rabu.

Dalam catatannya di Facebook, Menteri Besar Terengganu itu berkongsi petikan popular yang dibuat oleh bekas pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat, Kareem Abdul-Jabbar.

Iklan
Iklan

"Saya cuba melakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai. Ia mungkin hanya perkara kecil, tetapi pada kebiasaannya akan membezakan antara menang dan kalah,” katanya dalam hantaran itu pada Khamis.

Ahmad Samsuri melepaskan jawatan sebagai Bendahari Agung PN dan pengumuman mengenainya juga dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.

Iklan

Beliau juga dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pihak pengurusan PN.

Tindakan Ahmad Samsuri itu mengejutkan banyak pihak dan menyusul selepas mesyuarat tertinggi PN Isnin lalu, mengesahkan jawatankuasanya yang baharu termasuk melantik Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke jawatan sama bagi PN.

Iklan

Sebelum ini, beberapa pemimpin PN seperti Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau saling berbalas kenyataan berhubung calon perdana menteri gabungan itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-16.

Ahmad Samsuri antara nama yang disebut-sebut sebagai calon berpotensi sebagai perdana menteri dan ia turut dinyatakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Kemaman pada tahun tahun lepas.