Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim

Iklan
Saifuddin Nasution memakaikan pangkat Laksamana Maritim kepada Mohd Rosli pada Khamis.

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah tersendiri apabila Ketua Pengarah agensi itu secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim pada Khamis.

Upacara pemakaian pangkat Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah itu disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu majlis ringkas di Kementerian Dalam Negeri.

Iklan
Iklan

Mohd Rosli berkata, pemakaian pangkat itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi KDN kepada beliau di sepanjang kerjayanya dalam Perkhidmatan Awam dan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Upacara pemakaian pangkat Laksamana Muda Maritim, Mohd Rosli disempurnakan Saifuddin Nasution dalam satu majlis ringkas di Kementerian Dalam Negeri pada Khamis.

Menurutnya, dirinya akan sentiasa memberikan komitmen untuk terus menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah agensi ini dengan membawa reformasi kepada perkhidmatan dan pengoperasian Maritim Malaysia.

Iklan

"Teras tujuh yang saya perkenalkan selepas dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia diharap akan memperkasakan Maritim Malaysia

"Ia turut menjadikan Maritim Malaysia terus cemerlang seiring visi untuk menjadi agensi penguatkuasaan maritim terbaik di dunia menjelang 2040," katanya.

Iklan

Tambahnya, penganugerahan pangkat ini adalah amanah besar yang pegang dengan penuh tanggungjawab demi kemajuan Maritim Malaysia.

"Saya bertekad untuk terus memperkukuhkan keupayaan operasi Maritim Malaysia dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan negara serta membina kepercayaan rakyat terhadap agensi ini.

"Selain itu, kerjasama strategik akan teris dijalinkan dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan keupayaan Maritim Malaysia dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks di perairan negara," katanya.

Terdahulu, Mohd Rosli merupakan Ketua Pengarah Maritim Malaysia ketujuh selepas dilantik pada 17 September lalu.

Beliau sebelum ini merupakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia.