Peniaga wanita rugi lebih RM220,000 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud

Iklan
Seorang peniaga wanita kerugian RM228,205 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud pada bulan lalu. Gambar hiasan

BESUT - Seorang peniaga wanita kerugian RM228,205 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud pada bulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, wanita tempatan berusia 29 tahun itu mula terjerat dengan penipuan berkenaan selepas tertarik dengan satu iklan pinjaman peribadi menerusi Facebook pada 15 November lepas.

Iklan
Iklan

"Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, semasa mangsa berada di rumahnya telah ternampak satu iklan pinjaman peribadi di Facebook dan kemudian dia telah menekan beberapa pautan link iklan tersebut.

"Keesokan harinya, mangsa telah dihubungi beberapa individu yang menawarkan pinjaman terhadap dirinya.

Iklan

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah menggunakan wang daripada akaun miliknya serta suami dengan membuat transaksi wang secara berperingkat sebanyak 89 kali ke dalam enam jenis akaun bank dengan jumlah anggaran keseluruhan kerugian sebanyak 228,205," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Md Sani berkata, mangsa mula curiga dan merasakan dirinya ditipu telah membuat satu laporan polis pada Rabu lalu.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Tindakan mengesan dan menangkap suspek giat diteruskan dan pihak polis masih mengumpul bukti-bukti keterangan bagi tujuan siasatan," ujarnya.