Jenayah seksual: KPM disyor laksana pembelajaran tambahan berasingan lelaki dan perempuan

Iklan
Yeo Bee Yin bersama barisan Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat ketika sidang akhbar di Parlimen pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mendapati bahawa kanak-kanak seawal umur lapan tahun sudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual, sexual grooming dan isu berkaitan seksualiti.

Pengerusinya, Yeo Bee Yin berkata, sehubungan itu, pihak jawatankuasa merasakan terdapat keperluan untuk menilai sama ada kanak-kanak benar-benar memahami isu-isu pendidikan yang disampaikan di sekolah.

Iklan
Iklan

Justeru menurutnya, sebagai langkah penambahbaikan, jawatankuasa mengesyorkan beberapa perkara untuk dilaksanakan kerajaan berhubung isu berkenaan, terutamanya Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai kementerian bertanggungjawab terhadap silibus pendidikan sekolah di Malaysia.

"Syor utama yang KPM perlu lakukan berkenaan dengan Silibus Pendidikan Kesihatan Reproduktifdan Sosial (PEERS) yang diajar di sekolah rendah dan menengah adalah dengan melaksanakan aktiviti PEERS tambahan di luar waktu pembelajaran secara berasingan di antara pelajar lelaki dan perempuan.

Iklan

"Pembelajaran secara berasingan ini wajar dibuat untuk topik yang khusus dan sensitif bagi menyediakan suasana yang kondusif serta selesa kepada guru dan pelajar untuk memahami isu dengan lebih baik.

"Jadi pelajar boleh tanya apa yang mereka mahu tanya," katanya ketika sidang akhbar jawatankuasa berkenaan di Parlimen pada Khamis.

Iklan

Beliau menambah, masih ramai kanak-kanak dan ibu bapa tidak tahu bahawa melakukan hubungan seks di bawah 16 tahun adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia menyebabkan ramai remaja lelaki bawah umur ditahan.

Kerana itu tegasnya, penting untuk mengemaskini silibus pendidikan berkaitan bagi memperkasakan pengetahuan murid.

"Adakah silibus pendidikan kesihatan yang diajar di sekolah mampu melindungi anak-anak kita daripada risiko jenayah seksual yang semakin membimbangkan?

"Jawatankuasa dimaklumkan bahawa kurikulum baharu yang dijangka dilaksanakan mulai 2027 akan terus memperkasakan PEERS dengan menyepadukan elemen baharu tanpa sepenuhnya bergantung kepada silibus lama.

"Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, KPM telah melancarkan Garis Panduan PEERS Kebangsaan pada 20 November 20243 untuk memberikan panduan kepada guru, ibu bapa, penjaga, dan pihak berkepentingan lain.

"Garis panduan ini merangkumi tahap perkembangan kanak-kanak, dari fasa emosi dan fizikal awal hingga ke peringkat akil baligh dan dewasa," katanya.