'Bersyukur kita duduk di Malaysia' - Komander MALBATT

Iklan
Hadir menyempurnakan majlis, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman (lapan kanan).

PORT DICKSON - Komander Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11, Kolonel Burhan Sagoni melahirkan rasa syukur dan gembira apabila pasukannya berjaya melaksanakan tugas dalam misi pengaman di Lubnan.

Malah Burhan turut menyifatkan misi itu sebagai pengalaman yang mungkin berbeza daripada pasukan MALBATT sebelum ini selain pasukannya perlu berdepan dengan cabaran krisis 'Northern arrows' yang melanda kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Operasi luar dari kebiasaan ialah bagi mengiringi pergerakan pegawai kanan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) masuk ke kawasan operasi. Kita beri bantuan kepada penduduk awam di kawasan tanggungjawab Malbatt.

"Kita ambil pesakit-pesakit awam daripada Blue Line bawa ke hospital di situ. Kita membuat tinjauan yang kita panggil Kuala Lumpur Operation yang mana kita bantu pasukan -pasukan sahabat untuk membuat rondaan berkala," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini pada Khamis.

Hadir menyempurnakan majlis, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Iklan
Komander Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11, Kolonel Burhan Sagoni melahirkan rasa syukur dan gembira apabila pasukannya berjaya melaksanakan tugas dalam misi pengaman di Lubnan.

Kontinjen MALBATT 850-11 yang diketuai oleh Burhan terdiri daripada 853 anggota iaitu 82 Pegawai dan 771 Lain-Lain Pangkat (LLP) turut disertai oleh tiga pegawai dan 26 LLP dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan daripada Kementerian Pertahanan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perasaannya ketika berada di sana, Burhan meluahkan rasa bimbang terutamanya berkaitan keselamatan anggotanya.

"Kalau saya dan anggota saya cakap tiada perasaan risau, bohonglah ya. Kami semua risau sebab kita tidak pernah hadapi situasi berkenaan. Sebelum ini kita dengar bom dari jauh lebih kurang 17 kilometer dari pasukan sahabat.

"Selepas krisis kita nampak jelas ia berlaku di kawasan tanggungjawab MALBATT, bunyi (bom) lebih kuat ia punya impak lebih besar. Gegaran kadang-kadang ada sedikit kerosakan kepada bangunan-bangunan di kem, contohnya kaca pecah dan sebagainya.

"Saya sebagai komander risaulah kita punya anggota. Kalau hendak bandingkan dari segi sekuriti, kita bersyukur, kita duduk dalam Malaysia ini," katanya.