PUTRAJAYA - Pindaan Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan 2024) yang diluluskan di Dewan membuktikan komitmen kerajaan kerajaan dalam memastikan hak dan kebajikan pekerja di Semenanjung Malaysia serta 1.46 juta di Sarawak adalah setara.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan, pindaan itu mengangkat martabat pekerja agar selari dengan standard perburuhan antarabangsa.
Iklan
Iklan
"Pindaan RUU kali ini adalah merupakan pindaan bersejarah kepada Ordinan Buruh Sarawak iaitu selepas hampir 20 tahun pindaan sebelum ini berjaya diluluskan di Dewan Rakyat tahun 2005," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar kementerian itu, RUU berkenaan dijangka akan dibentangkan di Dewan Negara dalam sidang kali ini untuk dibahas serta diluluskan.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier, Tan Sri De Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg yang telah memberikan sokongan penuh terhadap pindaan RUU ini," jelas KESUMA.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan 2024) melibatkan 75 fasal yang dipinda, merangkumi pelbagai aspek perburuhan utama untuk memastikan keseragaman dengan Akta Kerja 1955 dan Ordinan Buruh Sarawak.