ADUN Kota Damansara syor PLKN 3.0 diselit pendidikan politik

Iklan
Muhammad Izuan

SHAH ALAM - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula bulan depan disyor diselitkan dengan pendedahan mengenai tanggungjawab sebenar kerajaan dan pembangkang untuk memberi pendidikan politik kepada anak-anak muda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata, ia kerana tanggungjawab kerajaan bukan hanya untuk menang pilihan raya tetapi perlu memberikan pendidikan politik kepada golongan muda.

Iklan
Iklan

"Saya sebenarnya produk PLKN juga (jadi PLKN seharusnya) bukan semata-mata untuk memberikan semangat patriotisme kepada anak-anak muda.

Program Madani: POV YB muda bersama Muhammad Izuan (kanan) dan dihoskan oleh Haizir yang berlangsung di Dewan Karangkraf pada Khamis. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID


Beliau berkata demikian selaku panelis pada pada slot Madani: POV Yang Berhormat (YB) Muda bersama ADUN Kota Damansara sempena Wacana Khas Edisi ke-468 Sinar Harian bertajuk Dua tahun Madani: Ke mana ekonomi dan potensi Malaysia yang dihoskan Haizir Othman di Dewan Karangkraf pada Khamis.

Iklan

Muhammad Izuan menjelaskan, usaha berkenaan untuk memastikan anak-anak muda lebih terkedepan untuk Malaysia yang lebih maju.

Malahan, beliau berkata, kerajaan Selangor sendiri membuka ruang yang lebih luas kepada anak-anak muda untuk hadir dan melihat sendiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Iklan

Katanya, inisiatif berkenaan dibuat untuk menunjukkan bahawa apabila menjadi kerajaan, anak-anak muda tidak semestinya hanya perlu memberi sokongan tanpa diberi peluang untuk melontarkan kritikan.

"Kritikan juga kami perlukan tapi biarlah kritikan itu berdasarkan fakta. Kritikan itu kena ada fakta bagi memberi nilai tambah (pengetahuan politik) kepada anak-anak muda.

"Saya harapkan anak-anak muda ini untuk lebih banyak membaca dan melihat (keadaan sebenar politik) dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menerangkannya," ujar beliau.