Isu Pulau Batu Puteh: Muhyiddin tempelak tiga anggota Kabinet 2018 letak beban kepada Tun M

Iklan
Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak tiga anggota Kabinet 2018 yang meletakkan beban tanggungjawab terhadap terhadap Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh.

Ujar bekas Perdana Menteri ke-8 itu, walaupun keputusan untuk menarik balik permohonan semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh di bawa Dr Mahathir diletakkan dalam agenda hal- hal lain, ia tidak menghalang mana-mana anggota Jemaah Menteri untuk memberikan pandangan.

Iklan
Iklan

"Merujuk kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Sabu, saya ingin menegaskan bahawa keputusan mengenainya adalah tertakluk kepada prinsip tanggungjawab kolektif Jemaah Menteri," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Muhyiddin yang ketika itu merupakan Menteri Dalam Negeri menegaskan, ia sekali gus tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

Iklan

"Soal pengkhianatan kepada negara juga tidak timbul, malah adalah tidak wajar seorang bekas Perdana Menteri dihadapkan ke muka pengadilan semata-mata atas keputusan kerajaan yang disahkan oleh Kabinet semasa pentadbirannya dahulu.

"Jika ini berlaku, ia adalah satu duluan yang buruk (bad precedent) untuk negara," kata Muhyiddin.

Iklan

Dr Mahathir bakal berdepan dengan siasatan jenayah di bawah Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan selepas ia disyorkan oleh laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Bagaimana tokoh itu mengulangi pendiriannya bahawa ia bukan keputusan peribadi beliau sebaliknya diputuskan oleh Kabinet pada 23 Mei 2018.

Singapura memperoleh hak kedaulatan Pulau Batu Puteh oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008.