Taylor's College diiktiraf rakan penyedia pembelajaran Platinum ACCA

Iklan
Josephine (empat dari kanan) memegang sijil pengiktirafan rakan penyedia pembelajaran bertaraf Platinum oleh ACCA pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Taylor’s College membawa nama institusi ke peringkat global menerusi pencapaian status rakan penyedia pembelajaran bertaraf Platinum oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Pengarah Kampusnya, Josephine Tan berkata, pengiktirafan tersebut memberikan pelajar akses yang lebih luas kepada sumber pembangunan profesional ACCA dan rangkaian global yang dapat memacu pertumbuhan kerjaya mereka.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, ia juga melengkapkan mereka dengan kemahiran kritikal untuk industri dan mengukuhkan kedudukan institusi berkenaan sebagai peneraju pendidikan berkualiti dalam komuniti ACCA.

Josephine (dua dari kiri) ketika dalam sidang media.

Iklan

"Pencapaian itu adalah bukti ketekunan, semangat dan komitmen kami selama bertahun-tahun.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Majlis Sambutan Taylor's College Sebagai Rakan Penyedia Pembelajaran Platinum ACCA di sebuah hotel pada Khamis.

Iklan

Majlis sama turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara institusi swasta berkenaan dengan ACCA.

Hadir sama Ketua Portfolio ACCA Maritim Asia Tenggara, Andrew Lim; Pengerusi Taylor's Education Group, Datuk Loy Teik Ngan dan Ketua Hubungan Pendidikan, ACCA Maritim Asia Tenggara, Ang Wen How.

Menurut Josephine, kerjasama strategik itu bertujuan meningkatkan kejayaan pelajar dengan mewujudkan laluan dwianugerah untuk pelajar Diploma Perniagaan.

Josephine (dua dari kiri) bergambar dengan MoU bersama ACCA yang ditandatangani pada Khamis.

Ulasnya, ia sejajar dengar piawaian industri dan pembangunan baharu seperti Pendidikan untuk Pembangunan Lestari (ESD).

"Kerjasama ini membolehkan kami memperkenalkan program yang disesuaikan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

"Sebagai contoh, pelajar dalam program Diploma Perniagaan akan memperoleh pengetahuan asas dalam perakaunan, mempersiapkan mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke ACCA selepas tamat pengajian," ujarnya.

Tambah Josephine, kejayaan berterusan pelajar ACCA Taylor's College dilihat dari segi kecemerlangan akademik dan kemampuan bersaing di peringkat global.

Kata beliau, mereka juga cemerlang dalam pertandingan berprestij, termasuk memenangi 'Accounting Competency Challenge' pada tahun 2022, menewaskan 17 universiti dari seluruh ASEAN dan meraih gelaran Pasukan Paling Bertekad.

"Tahun ini, pelajar turut menyertai 2024 'Institute of Management Accountants AsiaPac Student Case Competition' dan memperoleh tempat ketiga," menurutnya.