Pemimpin Bersatu, Pas negeri enggan ulas kontroversi landa PN

Iklan
Beberapa pemimpin Bersatu dan Pas negeri enggan mengulas sebarang kontroversi yang melanda kedua-dua parti itu pada masa ini.

SHAH ALAM - Beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas negeri enggan mengulas sebarang kontroversi yang melanda kedua-dua parti itu pada masa ini.

Difahamkan, ada dalam kalangan mereka tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan mengambil sikap menunggu penjelasan daripada kepimpinan tertinggi parti.

Iklan
Iklan

Antara pemimpin-pemimpin yang dihubungi di Negeri Sembilan ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Mohamad Hanafiah Abu Baker, namun beliau tidak mahu mengulas berkenaan situasi tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri Sembilan, Kamarol Ridzuan Md Zain pula berkata, beliau mengambil sikap yang sama kerana tidak pasti isu yang sedang berlaku itu.

Iklan

Malah beliau menunggu maklumat lanjut daripada kepimpinan tertinggi parti dan berharap ahli parti itu tidak terus mempercayai sebarang spekulasi yang timbul.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Bersatu Seremban pula tidak menolak kemungkinan ia disebabkan Pas tidak berpuas hati dengan jawatan diberi kepada parti terbabit.

Iklan

Dalam pada itu, sumber dari Bersatu Johor turut tidak menolak kemungkinan Pas mahu mencadangkan nama individu lain sebagai calon Perdana Menteri (PM) bagi PN.

Enggan mengulas lanjut, sebaliknya beliau memberi sebarang pandangan pemilihan calon PM bergantung kepada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU 16) kelak.

"Yang pasti kami ahli-ahli Parlimen okay sahaja. Bagi saya isu siapa PM ni kena tunggu pilihan raya. Lambat lagi pilihan raya," katanya.

Timbul tanda tanya mengenai situasi yang melanda PN apabila Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.

Pengumuman peletakan jawatan berkenaan oleh Menteri Besar Terengganu itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.

Susulan itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sukar untuk mengulas panjang berkenaan perkara itu kerana beliau percaya punca keputusan berkenaan dibuat hanya diketahui oleh Ahmad Samsuri dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Justeru, beliau meminta Pas agar bersabar dan tidak membuat sebarang tindakan melulu susulan keputusan perletakkan jawatan Ahmad Samsuri.

Untuk rekod, kontroversi yang melanda parti itu dipercayai bermula apabila Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan mengesyorkan Muhyiddin sebagai calon tunggal jawatan Perdana Menteri (PM) mewakili PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dalam satu kenyataan, menegaskan parti itu lebih layak memimpin PN, sekali gus menolak cadangan supaya Muhyiddin kekal sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Perlis itu juga dipetik berkata, Pas layak memimpin kerana wakilnya paling ramai di Dewan Rakyat dalam PN yang diterajui Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan mempunyai jentera akar umbi kuat di seluruh negara.

Malah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar pula menyifatkan tindakan beberapa pimpinan parti komponen dalam PN yang disifatkan 'gelojoh' kerana terlalu awal mencadangkan calon Perdana Menteri mewakili gabungan itu.

Kontroversi sekali lagi tercetus apabila, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mencadangkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Setiausaha Agung PN yang baharu.

Namun, Muhyiddin telah melantik Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke jawatan tersebut.