Pasukan pertama tentera Israel berundur dari selatan Lubnan

Iklan
Ia melibatkan anggota Briged Ketujuh yang sebelum ini ditempatkan di selatan Lubnan ketika perang rentas sempadan tercetus lebih setahun lalu. Foto Agensi

BEIRUT - Tentera Israel melakukan pengunduran pertama dari bandar selatan Lubnan dan kedudukan itu kini diambil alih oleh tentera Lubnan seperti dipersetujui di bawah perjanjian gencatan senjata dimeterai pada 27 November lalu.

Pusat Perintah Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu memaklumkan pelaksanaan proses di al-Khiam itu yang turut diawasi Jeneral Erik Kurilla.

Iklan
Iklan

"Ia adalah langkah penting pertama untuk meredakan konflik antara Tel Aviv-Beirut meskipun kedua-dua belah pihak dikatakan melanggar tempoh bertenang tersebut,” kata Kurilla merujuk kepada penarikan semula Briged Ketujuh ke pangkalan asal mereka di Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati berkata, penempatan pasukan tentera di Khiam dan Marjayoun mewakili langkah asas untuk mengukuhkan pertahanan bersama pasukan misi pengaman antarabangsa di sempadan Beirut.

Iklan
Iklan

Pengunduran tentera Israel secara berperingkat itu akan dilaksanakan dalam tempoh 60 hari. - AFP