47 anak yatim akibat Covid-19 di Sarawak terima bantuan Hari Natal

Iklan
Wan Junaidi (kanan) ketika menerima kunjungan hormat oleh Ismail Sabri (dua dari kiri) di Astana Negeri, Kuching pada Khamis.

SHAH ALAM - Seramai 47 penerima daripada 21 keluarga yang kehilangan ibu bapa atau kedua-duanya akibat pandemik Covid-19 menerima sumbangan sempena sambutan Hari Natal yang bakal diraikan pada 25 Disember ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu diberikan ketika kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, Kuching pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Kunjungan ke Sarawak adalah bagi menyampaikan sumbangan kepada anak yatim Covid-19 yang akan menyambut Hari Natal. Keseluruhannya, terdapat 47 penerima terdiri daripada 21 keluarga membabitkan pelbagai etnik dan agama.

"Ketika kunjungan hormat ini, saya menjelaskan mengenai program yang dilaksanakan oleh Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) bagi membantu anak-anak yatim dan yatim piatu akibat pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Ismail Sabri (tiga dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Wan Junaidi (tiga dari kanan) pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, TYT bertanggungjawab meluluskan pendaftaran YKM sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Iklan

Tambahnya, kunjungan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam selaku Menteri Pengiring sepanjang berada di ibu negeri berkenaan.

Pada masa sama, Ismail Sabri turut mendoakan TYT serta keluarga sentiasa sihat dan dilindungi ALLAH SWT.